Kemangkatan Tun Teja. Tun_Teja

Mengikut sumber sejarah

“Setelah beberpa hari berjalan menuju ke Muar, pada

pada satu tempat yang tidak jauh dari tepi pantai, lalu

dengan perintah Sultan Mahmud, angkatan itu berhenti di

situ. Baginda menyuruh membuat tempat perhentian. Kata

baginda kepada Sang Sura dan Seri Nara Diraja, berjaga-

jagalah kita di sini sehari dua, beta rasa ninda beta Tun

Teja harus telah sampai saatnya.”


Kawasan yang di maksudkan itu ialah kawasan Pengkalan Samak, Merlimau yang sekarang. Di kawasan inilah angkatan Sultan Mahmud singgah sebelum meneruskan perjalanannya ke Muar. Kawasan ini terletak berhanlir dengan laut. Dahulu kira-kira 20-30 meter sudah sampai ke tepi pantai. Kini pantai sudah jauh ke laut, kira-kira 100 meter dari Pengkalan Samak. Kampung ini disebut sebagai Kampung MENTIJA.


Tun Teja direhatkan di atas sebuah hamparan khas. Sumber sejarah melaporkan”


“Setelah Tun Teja dipindahkan di atas hamparan dengan dikelilingi oleh isteri-isteri baginda yang lain, Sultan Mahmud duduk hampir dengan Tun Teja.tiba-tiba Tun Teja yang telah beberapa hari tidak berkata-kata memandang baginda dan dan dengan suara perlahan-lahan cuba hendak menyamaikan permintaan kepada baginda tetapi sia-sia kerana suaranya tidak kedengaran lagi……….. kemudian gerak bibirnya berhenti. Masa itu Sultan Mahmud pun tahulah nendanya telah meninggal dunia ..”



Sultan Mahmud merahap nenda kesayangannya sambil menangis terisak-isak. Berita kemangkatan Tun Teja diterima oleh seluruh angkatan Sultan dengan penuh kedukacitaan.

Setelah itu Sultan Mahmud berbincang dengan Seri Nara Diraja, Sang Sura dan ahli kelurganya bagaimana hendak membawa jenazah Tun Teja ke Muar, sedangkan perjalanan sangat jauh dan makan masa beberapa hari.